Hidupan di laut Laut

Terumbu karang merupakan antara habitat biopelbagai di dunia.
Rencana utama: Biologi laut

Lautan ialah rumah kepada sekelompok pelbagai bentuk hidupan yang menggunakannya sebagai habitat. Oleh sebab cahaya matahari hanya menerangi lapisan atas, sebahagian besar lautan wujud dalam kegelapan kekal. Kerana setiap zon kedalaman dan suhu berlainan menyediakan habitat untuk satu set spesies unik, persekitaran laut sebagai keseluruhan merangkumi kepelbagaian besar untuk hidupan.[83] Habitat laut adalah pelbagai dari permukaan air hingga parit lautan terdalam, termasuk terumbu karang, hutan kelpa, padang rumput laut, kolam pasang surut, dasar laut berlumpur, berpasir dan berbatuan, dan zon pelagos terbuka. Organisma yang hidup di dalam julat laut dari paus 30 meter (100 ka) panjang hingga fitoplankton mikroskopi dan zooplankton, kulat, bakteria dan virus, termasuk bakteriofaj laut yang ditemui baru-baru ini yang tinggal sebagai parasit di dalam bakteria.[84] Hidupan laut memainkan peranan penting dalam kitaran karbon kerana organisma fotosintesis menukarkan karbon dioksida terlarut menjadi karbon organik dan hidupan laut adalah penting kepada manusia dalam ekonomi untuk menyediakan ikan untuk kegunaan sebagai makanan.[85][86](pp204–229)

Hidupan mungkin telah berasal dari laut dan kesemua kelompok utama haiwan diwakili di situ. Ahli sains berpendapat berlainan dalam asal usul tepat yang merupakan tempat hidupan laut bangkit: uji kaji Miller-Urey mencadangkan "sup" kimia cair di air terbhuka, tetapi cadangan lebih kini termasuk mata air panas gunung berapi, enapan lempung berbutir halus, atau lohong "pengasap hitam" laut dalam, kesemuanya patut menyediakan perlindungan daripada sinaran ultralembayung yang merosak yang tidak disekat oleh atmosfera Bumi awal.[3](pp138–140)

Habitat laut

Rencana utama: Habitat laut

Templat:Topik habitat lautanHabitat laut boleh dibahagikan secara mengufuk kepada habitat pinggir laut dan lautan lepas. Habitat pinggir laut menganjur dari garis pesisir hingga pinggir pentas benua. Kebanyakan hidupan laut dijumpai di habitat pinggir laut, sungguhpun kawasan pentas hanya memenuhi 7 peratus jumlah kawasan lautan. Habitat lautan lepas dijumpai di dalam lautan dalam melebihi pinggir pentas benua. Secara alternatif, habitat laut boleh dibahagikan secara mencancang kepada habitat pelagos (perairan lepas), demersal (hanya di atas dasar laut) dan bentos (dasar laut). Pembahagian ketiga adalah mengikut garis lintang: dari laut-laut kutub dengan pelantar air batu, air batu laut dan aisberg, hingga perairan sederhana dan tropika.[3](pp150–151)

Terumbu karang, yang juga dipanggil "hutan hujan laut", mendiami kurang daripada 0.1 peratus permukaan lautan dunia, tetapi ekosistemnya termasuk 25 peratus daripada kesemua spesies laut.[87] Yang paling dikenali ialah terumbu karang tropika seperti Terumbu Sawar Besar, tetapi terumbu air sejuk melindungi pelbagai spesies termasuk terumbu (hanya enam daripadanya menyumbang kepada pembentukan terumbu).[3](pp204–207)[88]

Alga dan tumbuhan

Rencana utama: Alga

Pengeluar utama laut — tumbuhan dan organisma mikroskopik di dalam plankton — adalah meluas dan sangat pelbagai. Alga fotosintesis mikroskopik, fitoplankton, menyumbangkan sebahagian keluaran fotosintesis dunia lebih besar daripada kesemua hutan darat tergabung. Kira-kira 45 peratus daripada pengeluaran utama bahan hidup laut disumbangkan oleh diatoms.[89] Alga yang jauh lebih besar, biasanya dikenali sebagai rumpai laut, adalah penting secara setempat; Sargassum membentuk hanyutan terapung, sementara kelpa membentuk hutan dasar laut.[86](pp246–255) Tumbuhan berbunga dalam bentuk rumput laut tumbuh di "padang rumput" di perairan cetek berpasir,[90] bakau menggaris pinggir laut di kawasan tropika dan subtropika[91] dan tumbuhan toleransi pasir berkembang di rawang garam yang dibanjiri dengan nalar.[92] Kesemua habitat ini boleh mengasingkan kuantiti besar karbon dan menyokong julat biopelbagai lebih besar dan hidupan haiwan lebih kecil.[93]

Cahaya hanya boleh menembusi 200 meter (660 ka) teratas maka ini hanya merupakan sebahagian laut yang merupakan tempat tumbuhan boleh tumbuh.[27] Lapisan permukaan kerap kekurangan sebatian nitrogen yang giat secara biologi. Kitaran nitrogen laut terdiri daripada transformasi mikrob kompleks yang termasuk pengikatan nitrogen, asimilasinya, nitrifikasi, anammox dan denitrifikasi.[94] Sesetengah daripada proses ini berlaku di dalam air dalam supaya ada julang air, dan juga dekat dengan muara yang mempunyai nutrien bersumberkan daratan, pertumbuhan tumbuhan adalah lebih tinggi. Ini bererti bahawa kawasan paling produktif, kaya dengan plankton dan lalu juga dengan ikan, terutamanya adalah di pinggir laut.[3](pp160–163)

Haiwan dan hidupan laut lain

Ada lingkungan lebih luas untuk takson haiwan lebih tinggi di laut daripada di darat, banyak spesies laut belum ditemui dan bilangan yang dikenali dalam sains semakin berkembang secara tahunan.[95] Sesetengah vertebrat seperti burung laut, anjing laut dan penyu kembali ke darat untuk membiak tetapi ikan, setasea dan ular laut mempunyai gaya hidup air lengkap dan banyak filum invertebrat adalah sepenuhnya kelautan. Sebenarnya, lautan adalah penuh dengan hidupan dan menyediakan banyak mikrohabitat berlainan.[95] Salah satu daripada ini ialah filem permukaan yang, sungguhpun dibalik-balikkan oleh pergerakan ombak, menyediakan persekitaran kaya dan merupakan rumah untuk bakteria, kulat mikroalga, protozoa, telur ikan dan pelbagai larva.[96]

Zon pelagos mengandungi makro- dan mikrofauna dan beribu-ribu zooplankton yang menghanyut dengan arus. Kebanyakan organisma terkecil ialah larva ikan dan invertebrat laut yang membebaskan telur dalam bilangan besar kerana peluang mana-mana satu embrio mandiri sehingga kematangan adalah amat kecil.[97] Zooplankton memakan fitoplankton dan satu sama lain dan membentuk satu bahagian asasi rantai makanan kompleks yang melanjut melalui ikan bersaiz pelbagai dan organisma nekton lain sehingga sotong besar, yu, lumba-lumba dan paus.[98] Sesetengah makhluk laut melakukan penghijrahan besar, sama ada ke kawasan lain di lautan pada dasar musim atau penghijrahan mencancang harian, kerap naik untuk makan pada malam hari dan turun untuk keselamatan pada siang hari.[99] Kapal boleh memperkenalkan atau menyebarkan spesies invasif melalui nyahcas air balast atau pengangkutan organisma yang telah terkumpul sebagai bahagian komuniti kotoran di badan kapal.[100]

Zon demersal menyokong banyak haiwan yang memakan organisma bentos atau mencari perlindungan daripada pemangsa dan dasar laut menyediakan pelbagai habitat di atas atau di bawah permukaan substrat yang digunakan oleh makhluk teradaptasi terhadap keadaan-keadaan ini. Zon pasang surut dengan keterdedahan berkalanya terhadap udara penyahhidrat ialah rumah kepada teritip, moluska dan krustasea. Zon neritik mempunyai banyak organisma yang memerlukan cahaya untuk bangkit. Di sini, pada batu berkerak alga tinggallah bunga karang, ekinoderma, cacing poliket, buran dan invertebrat lain. Karang kerap mengandungai simbion fotosintesis dan tinggal di perairan cetek, tempat cahaya menembus. Rangka berkapur meluas yang dileler terbina ke dalam terumbu karang yang merupakan ciri penting dasar laut. Ini menyediakan habitat biopelbagai untuk organisma penghungi terumbu. Ada kurang hidupan laut di dasar laut lebih dalam tetapi hidupan laut juga bangkit di sekitar gunung laut yang bangkit dari kedalaman, tempat ikan dan haiwan lain berhimpun untuk bertelur dan makan. Hampir dekat dasar laut tinggallah ikan demersal yang kebanyakannya memakan organisma pelagos atau invertebrat bentos.[101] Penjelajahan laut dalam oleh alat boleh tenggelam mendedahkan dunia baharu makhluk hidup di dasar laut yang tidak pernah diketahui oleh ahli sains. Sesetengahnya seperti detritivor bergantung pada bahan organik tenggelam ke dasar lautan. Yang lain berkeliling di dalam lohong hidroterma laut dalam, tempat aliran air yang dengan galian bercantum dari dasar laut, menyokong komuniti yang pengeluar utamanya ialah bakteria kemoautotrof pengoksida sulfida, dan yang penggunanya termasuk dwicangkerang khas, buran, teritip, ketam, cacing dan ikan, kerap tidak dijumpai di tempat lain.[3](p212) Paus mati yang tenggelam ke dasar lautan menyediakan makanan untuk sehimpunan organisma yang bergantung dengan serupa kebanyakannya pada tindakan bakteria pengurang belerang. Tempat sebegitu menyokong biom unik, tempat banyak mirob baharu dan bentuk hidupan lain telah ditemui.[102]

Rujukan

WikiPedia: Laut http://www.antarctica.gov.au/about-antarctica/envi... http://www.bom.gov.au/tsunami/info/index.shtml http://www.ga.gov.au/marine/bathymetry.html http://www.gbrmpa.gov.au/our-partners/traditional-... http://museum.wa.gov.au/research/research-areas/ma... http://www.abc.net.au/news/2013-08-14/no-evidence-... http://ir.anet.ua.ac.be/irua/handle/10067/38167015... http://www.arctic.uoguelph.ca/cpe/environments/mar... http://homepage.usask.ca/~jrp638/CourseNotes/OdSum... http://www.abc-of-skiing.com/water-skiing/discipli...